Sunday, March 28, 2010

ahad

macam biase lah setiap minggu ada hari ahad..dan ahad datang lagi minggu ni..pagi ni bangun lambat sebab kami semua tido lambat malam tadi..dah hampir pukul 5 baru dapat melelapkan mata akibat kelaparan yang melanda perut..huhu..masing2 tak boleh tido dan sibuk merungut lapar,lapar dan lapar..tapi nak buat mcam mane...takde cafe bukak sampai pukul 5 pagi dan tak disediakan sebarang cawangan 7eleven di kolej terchenta ini..ahak..

kami semua tido di bilik nina semalam sebab nak siapkan projek multimedia..Alhamdulillah dah hampir siap walaupun masih ada lagi beberapa kekurangan..selebihnya adalah sangat bagus..credit to murni sebab sedaya upaya me'multimedia'kan video itu..thanks sangat2..:)

malam tadi berbual panjang dengan murni sementara menunggu waktu untuk melelapkan mata..huhu..buka cerita zaman2 sekolah dulu..dah takde idea sangat..tu pun jadi la..hee
akhirnya tertido...zzzZZzz...

bangun je terus balik bilik...ingat nak kemas bilik tapi malangnya tersambung tido dan tak sedar sampai lah murni ngan nina ketuk pintu bilik ajak makan..tengok2 jam dah pukul 12 rupanye..teruk betul lah..konon nak kemas bilik last2 tak jadi pun..huk2

balik lunch terus mula kemas bilik yg dah macam workshop kereta..(workshop pun lagi ok lah ain..;p)huhu..memang serabut bilik ni memandangkan seminggu ni hidup pun agak kelam kabut..ditambah2 lagi dengan kerja dan masalah yg menimbun...baru hari ni berkesempatan nak kemas..hehe...then bermulalah aktiviti menyapu,membuang sampah,mengelap meja,menukar cadar dan sebagainya...huhu..mungkin ni lah kali terakhir mengemas bilik ni..lepas ni manela tau dah tak duduk bilik ni lagi..takpun dah tak duduk kolej ni lagi..atau mungkin dah tak duduk ukm..sape tahu kan..huhu

presenting...

bilikku semasa bergelar 1st year...

K13B109,Kolej Ibrahim Yaakub...


meja study yang tak berapa digunakan sangat.guna bila nak iron baju je..huhu
sebab aku lagi suka study dengan kawan2 drpd study sorang2 kat dalam bilik...:)


baju kotor sebakul sudah..sape nak tolong basuh???huhu ;p


katil kesayangan..:D
cadar je pink tapi tak suka pink pun ye...huhu

ini bermakna..aktiviti mengemas sudah pun selesai..yeeha!!!

btw..sy sangat2lah rindu pada family dirumah..mungkin disebabkan tekanan yang melanda telah menyebabkan sy homesick sngat2..tapi tak tahu macam mane nak bagitahu kat ibu ngan ayah..dan sudah mula menghentikan aktiviti call rumah sebab takut menangis...last time mase ayah call mmg dah sgat tak tahan lalu bercakap sambil menangis..ayah tanya kenapa tapi just boleh cakap takde pape sebab taknak dia risau..luckily ada kawan2 kat sini tapi next week sy akan tggal sorang2 lagi kat sini sebab masing2 akan balik rumah...sedih sngat...:(
nak balik jugak tapi malangnya sepanjang minggu depan ada pameran arca.maka..duduklah kamu disini ain...

No comments: