Sunday, June 13, 2010

.kenapa.

"kenapa kau suka aku?"
"kenapa kau sayang aku?"
"kenapa kau terima aku?"

seringkali kedengaran kau bertanya.tapi aku??aku tak pernah mampu menjawab..sebab bukan mudah untuk diluahkan dengan kata-kata.atau mungkin tak terlihat di raut muka.dan mungkin juga tak mampu dituliskan dia atas skrin atau kanvas kosong..

tapi kenapa?
jawapan yang meniti di bibir aku tetap "entah" atau aku diam sahaja.

tapi sebenarnya aku punya terlalu banyak sebab...
terlalu banyak sebab kenapa aku sukakan kau.
terlalu banyak sebab kenapa aku sayangkan kau.
terlalu banyak sebab kenapa aku terima kau.

terlalu banyak dan terlalu besar sehingga tak mampu nak diucapkan dengan kata-kata.
terlalu banyak dan terlalu besar sehingga tak mampu aku ubah ke dalam bentuk tulisan.

tapi hari ini...
hari ini...
aku gagahkan diri untuk mencoretkannya disini...
kerana aku mahu kau tahu...
setidak-tidaknya...
sekurang-kurangnya...
biarlah kau tahu..
apa yang ada dalam hati aku..
dan sekiranya selepas ni kita terpaksa berpisah...

sekurang-kurangnya kau tahu...

aku suka lihat kau dari jauh.sejak zaman sekolah lagi.aku kagumi kau dalam diam.tapi tak siapa tahu apa yang aku simpan.apa yang aku rasa.sebab aku malu nak cerita pada siapa2.aku sedar aku siapa.aku cuma seorang budak perempuan yang biasa,tidak mempunyai kelebihan apa-apa.tak siapa pandang aku.tapi kau??kau kesayangan semua.kebanggaan semua.kau dan aku umpama langit dan bumi.jarak yang terlalu jauh.rasa terlalu rendah diri.sampailah sekarang.maka...biarlah aku simpan sendiri apa yang aku rasa..aku masih menyimpannya sehingga kini..kerana aku fikir aku tak layak...tapi kebenarannya...aku suka kau..aku sayang kau..bila kau datang aku rasa senang..aku rasa tak percaya..aku teramat bahagia,gembira,suka...aku terima kau..sebab kau selalu buat aku ketawa..kau selalu ada bila aku sedih..bila aku sunyi..bila aku seorang..kau buat aku rasa bahagia..kau tunjukkan aku masa depan yang aku tak pernah impikan...kau buat aku rasa lebih sempurna..kau buat aku ingin jadi yang terbaik..kau contoh untuk aku...bila aku menangis..kau lap airmata aku..bila aku merajuk..kau jugak yang pujuk...bila aku putus asa..kau yang bagi semangat...kau..kau..kau jugak yang buat aku menangis..kau jugak yang buat aku kecewa..kau juga yang tinggalkan aku keseorangan..kau jugak yang lepaskan aku...segalanya kau...semua kau bagi..kau lengkapkan aku..sedih,marah,kecewa,bahagia,derita,ketawa,airmata,pertemuan dan akhirnya perpisahan....


kau...
aku sayang kau...
tapi kau tak pernah nampak...

No comments: