dengan ini saya mengumumkan bahawa saya dapat bilik yang terletak di tingkat empat.
atau lebih dikenali sebagai tingkat yang paling tinggi dan teratas.
di mana memerlukan tenaga dan kewarasa akal yang sangat tinggi untuk mendaki anak-anak serta mak bapak tangga supaya boleh sampai ke bilik itu.
fuhh!!! letih...
tuhan je yang tahu betapa penatnya aku turun naik tangga dengan mengangkat beg-beg yang berat lagi sarat. apesal la korang tak jalan sendiri je?!
jadi aku meramalkan beberapa perkara aneh bakal berlaku dalam masa terdekat ini.
-bentu badan yang teramat gemuk ini bakal menjadi kurus setelah berulang alik tingkat 4 pada setiap hari
-atau mungkin juga akan bertambah gemuk lagi kerana makan lebih banyak daripada biasa kerana berpendapat memerlukan lebih tenaga untuk memanjat tangga yang banyak itu.
-saiz baju akan turun pangkat
-kaki yang gemuk umpama kaki gajah ini akan menjadi slim
-jari jemari yang bulat serta kontot ini akan menjadi lebih panjang dan runcing akibat dari daya yang dikenakan setiap kali mengangkat beg-beg yang berat itu.
-azam untuk memakai baju kurung setiap hari mungkin terpaksa dipertimbangkan semula.
-akan lebih lambat ke kelas memandangkan terlalu banyak tangga yang perlu dilalui setiap pagi.
-hujung minngu pula hanya akan terbaring di atas katil disebabkan sudah tidak mampu untuk turun naik tangga lagi.
-semakin malas untuk membasuh baju. dobi je boleh tak? err...
-rambut yang lurus mungkin akan menjadi meggi?
p/s : rasa macam nak free hair je sebab rambutku kelihatan sangat cantik sekarang.
* ok, sila muntah.
No comments:
Post a Comment