hari ni hari pertama aku ke kelas. patutnya ada kelas sampai pukul 12 tapi kelas dibatalkan.
jadi aku terus bergerak ke bilik pesta. menyiapkan kerja-kerja yang tak tahu bila nak siap. tinggal 24 hari je lagi tapi kerja tak pernah surut.
sem ni aku ada 5 subjek major. belum masuk lagi yang sampingan punya. tu pun dah pack semacam.
1) Antaramuka Aplikasi Multimedia
2) Sains Kognitif Dalam Multimedia
3) Pengaturcaraan Berorientasikan Objek
4) Analisis dan Rekabentuk Sistem
5) English for Information Technology
see..banyak gila sub programming. OOP dan Java bagai.
tapi apa pun tahun ni aku nak tingkatkan usaha. hopefully dapat bahagikan masa dengan baik dan takde lagi masalah-masalah remeh yang mengganggu gugat rutin harian aku.
oh, dapat jugak aku jumpa kawan-kawan aku akhirnya. dah 3 hari kat sini baru hari ni ada kesempatan nak jumpa. huhu. tapi takpelah. lepas ni akan sentiasa jumpa sampai dah boring nak tengok muka masing-masing. hehe. no offense. gurau je.
sooo..welcome back ain..=)
gtg. banyak kerja menanti..huu~
p/s : kawan-kawan semua cakap aku dah makin kurus. see..i told ya..ni semua kerana tingkat 4. bukan sebab aku diet ok. takde istilah 'diet' dalam hidup aku. :PP
No comments:
Post a Comment