Monday, July 5, 2010

si burung dan pemilik sangkar

berdasarkan entri cik soly yang ditaip beberapa bulan yang lalu.
kami diminta untuk memilih.
jadi saya mula terfikir-fikir.
saya ni tergolong dalam burung yang mana satu? yang bebas atau yang terkurung?
jawapannya ialah burung yang tidak bebas tetapi tidak pula terkurung.
si burung itu adalah milik kepada si pemilik sangkar.
sebuah sangkar yang berkeadaan usang.
hampir-hampir tidak dipandang setiap orang yang lalu-lalang.
tetapi dalamnya penuh dengan kasih sayang.
sangkar yang tidak pernah dikunci oleh si pemilik sangkar.
dia beri si burung kebebasan untuk memilih.
dia beri si burung kebebasan untuk terbang ke mana sahaja dia suka.
kerana dia cukup percaya pada si burung.
dan si burung pula,
walau terbangnya ke mana-mana
setianya tetap pada si pemilik sangkar itu.
walau punya sangkar.
ia tetap seekor burung yang bebas.

kita memilih maka kita juga lah yang tentukan..:)

p/s : terima kasih kepada cik soly sebab bagi award hot actress kat saya.hot ke saya ni?? hehe :P

No comments: