penat bangun awal-awal pagi harini. tengok-tengok air takde plak. KIY ni asek takde air je. padahal baru je renovate tangki minggu lepas. grrr. terpaksa angkat air dari bilik membasuh. huhu. atleast dapat lah jugak mandi. taknak dah buat macam sem lepas. pegi kelas tak mandi, tak gosok gigi. euww. anak dara sape la ni. hoho.
sampai-sampai fak rupa-rupanya takde kelas. kelas cancel la plak. haish. penat aku menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi kelas yang gile punya panjang dari pagi sampai petang. huhu. last-last pegi lab habiskan masa dua jam hanya untuk buat kotak-kotak kecik yang berwarna hijau. pakai java la tapi. tu pasal lama. huhu. lepas siapkan assignment java jugak, balik lah aku. malas nak duduk lama-lama kat sana. baik balik je. plan nak mengkaji taxonomy. tapi kita tengoklah macam mana lepas ni. ntah2 taxonomy yang mengkaji aku. huhu.
aku rasa nak makan aiskrim je sekarang ni. bukan sebab panas. saje je nak makan. boleh tak nak buka nanti makan aiskrim banyak2. aiskrim coklat.aiskrim strawberi, aiskrim vanilla. semua aiskrim lah. benda lain aku taknak. uhuu. ohh..aku perasan sekarang ni aku dah makin rajin balik bilik. dah takde lagi isu tingkat 4..hihi =)
p/s : next week ade java test. ain yang malas, sila rajin-rajinkan diri ye.
No comments:
Post a Comment