
selamat menyambut hari kemerdekaan untuk semua..=)
tapi aku bukan nak cerita pasal tu. sekarang ni tengah mood raya.
so nak cerita pasal raya boleh tak? ah, tak kira! nak jugak. pasni dah sibuk ngan assignment + exam. takde maknanya aku nak cerita pasal menda nih. huhu
ok, Alhamdulillah hari ni dah 20 hari kita semua puasa. aku pun ye. tak pernah ponteng lagi tau.
harap-harap ini tahun memang takkan ponteng langsung..jadi tahun depan tak payahla aku nak ganti2 puasa..huhu..tapi lately ni perubahan emosi berlaku dengan sangat drastik. kalau semalamnya aku happy tak hingat pastu esoknya tiba-tiba aku menangis bagai nak rak tanpa sebab. sampai demam2 dibuatnya. ha tu tanda-tanda aku nak ponteng la tu. haduii..tolonglah jangan...huk3
persiapan raya tahun ni macam biasa je. dah besar-besar ni takdelah excited mana pun. yang penting balik kampung. kalau takde baju raya pun takpe. aku tak kisah pun. ok, itu tipu.
padahal dulu masa kecik kalau takde complete set baju raya, kasut raya, tudung raya mulalah tarik muka seribu..hikhik..sekarang ni sudah takde maknanya itu semua..duit raya itu lagi penting..hehe..ecece..dapat ke lagi tahun ni?? huhu. kalau aku puasa full mesti dapat kan. hee~
cuti pun dah diawalkan kan. kitorang yang pandai2 awalkan..hehe. patutnya balik sehari sebelum raya. haish, itu mana boleh. bila aku nak main mercun? bila aku nak buat kuih? tidak2. jadi kami semua telah sepakat buat kad raya bagi kat lecturer supaya mereka cut kelas. ok,tipu lagi. hee. takdelah, semua kelas dah bawak pergi minggu ni. so, no more class for next week. yeay! hamek kau. semua kelas nak letak kat minggu ni. tambah-tambah lagi dengan exam + project group. memang terbaiklah. takpelah. asalkan boleh balik awal. 4 haribulan balik rumah. dua hari je kat sana tolong2 ibu kemas apa-apa yang tak patut. pastu mahu terbang pulang ke rumah mak. sudah ada temu janji sama makcik-makcik disana. nak bukak bisnes kuih raya..hehe
p/s : ada orang letak ubat kurus ke kat dalam makanan aku? ni dah masuk hari ke berapa tah aku cirit birit. derita. derita. huuu~
No comments:
Post a Comment