
hari sudah pagi. tapi mata masih segar lagi. tadi masa buat assignment kuyu je mata. elok2 dah berhenti terus segar. haha. apelah. selalu macam tu. hampeh sungguh. tak semangat pulak nak pergi kelas esok. kelas dah kosong pun. budak2 baik pun semua dah angkut beg bawak balik rumah apetah lagi budak2 jahat. jadi kelas tu dah macam kelas pemulihan. yang tinggal cuma beberapa kerat. ohh ye, lubby kau memang bagus sangat terlalu hebat boleh selamba taknak datang kelas satu hari. siap minta orang lain tandatangankan lagi. mana aci weh. boifren aku pun besday esok jugak. tapi aku pegi je kelas. tu belum lagi besday boifren aku nombor 2 keesokan harinya pulak. perlu ke aku ikut jejak kau? lalala~
jam dah pukul 3 pagi dah ni tapi mulut ni tak reti-reti nak berhenti mengunyah. sekarang aku tengah syok2 menelan berbiji-biji buah duku milik rumateku. rumateku pulak sedang tido. haiippp. aku bukan curi ye. dia yang pesan kat aku suh makan. aku pun makan la puas-puas sebelum aku telan air liur keesokan harinya. lantaklah pasni aku nak gemuk ke apa. kalau tak suka, boleh jalannn.
tadi masa bincang-bincang assignment tiba-tiba perbincangan terhenti oleh kerana berbangkitnya satu isu yang dibangkitkan oleh mereka iaitu, gigi aku. ok, fine. sebut pasal gigi memang aku down lah. takpayah cakap lah kenapa. semua orang tahu. kalau kau tak tahu, sinilah datang jumpa kau. automatik kau boleh tahu tanpa bertanya. out of nowhere tiba2 isu tu keluar. padahal tak cakap pasal gigi pun masa tu. agaknya aku tengah tersengih macam kerang separa busuk kot. haish, budak2 ni memang lah nak kena ngan aku. tapi aku masih steady lah aku layan je apa dorang tanya. kau taknak pakai braces? tiap2 tahun aku dengar soalan ni. bukan takat tiap2 tahun la. tiap2 bulan pun ada. kadang2 yang dah tanya pun tanya lagi. saje je nak buat senak perut aku kan. -.-'
ok2, jawapannya. aku nak. ok. aku nak. sape lah taknak gigi tersusun rapi dan seiring jalan macam orang lain? memang tu lah yang aku nak sejak dulu tapi lama2 aku malas dah nak pikir. oklah macam ni kan. atleast orang tahu aku ni ain yang mane satu. kalau sebut je ain yang gigi berterabur tu konfem2 sah2 la semua orang tahu dan kenal. jadi secara tak langsung itu menjadi trademark aku. hehe. walaupun kadang2 sebenarnya aku terasa hati jugak lah kalau orang bawa bergurau pasal gigi aku ni. aku tahulah gigi kau cantik, lawa, bla..bla..bla..tapi sumpah aku cakap dah teramat lali dengar itu semua. lagi satu orang tak cantik, hodoh, selekeh, serabut macam aku ni, gigi tersusun ke tak tersusun sama je ghupe. orang tengok tetap sam je. pandang sebelah mata je. ecece. ayat sedih lah plak. makan duku banyak sangat la ni. cis! -.-'
jadi kesimpulannya, yang sebenarnya, dan sebenarnya, bukan aku tak mahu. tapi aku malu. haha. mula dah makcik ni merepek. layankan aje lah ye. kalau kau tak suka. kau boleh jalan.
saya gemuk ke saya gigi berterabur ke. it's none of your business. saya tetap ada ibu dan ayah yang tak pernah tinggalkan saya.
panjang sungguh aku membebel. ohh, pasni kalau nak cakap pasal gigi aku boleh je. aku tak marah pun. saje je boring2 ni nak share hati dan perasaan. hee~
selamat malam semua! :)
No comments:
Post a Comment