Saturday, October 16, 2010

dia tak pernah marah aku sebegini sepanjang kami bersama
tapi peristiwa hari ini cukup untuk buat aku tersedar
lantas membuka mata serta fikiran luas-luas

aku sangkakan aku sudah sempurna untuk dia
aku sangka sudah cukup aku beri segalanya
tapi yang nyata aku silap

aku terlupa
terlupa untuk menjaga hatinya
terlupa untuk berdiri disisinya
aku terlupa..
aku terlupa..

sehingga aku rasa
maaf yang dituturkan
tidak mampu lagi mengubah segala

sekarang baru ku tahu
aku lah yang tidak layak untukknya
bukan dia
aku lah yang tidak sempurna untuknya
bukan dia
aku lah yang banyak kekurangan itu
bukan dia
akulah yang tak mampu memberi bahagia
bukan dia...

Ya Tuhan
kalau ini sahaja pilihan yang ku ada
maka rela kulepaskan dia
jauh dari
ingatanku...
pandanganku...
serta hatiku...



1 comment:

Anonymous said...

ain. kuatkan smgt ye. smoga apa yg blaku ini ade bahagia di akhirnya nnti. aku doakan kwn2 aku smoga slalu bahagia