Wednesday, December 22, 2010

living my life

Alhamdulillah, baru je balik dinner dengan kawan sekuliah tadi. dah lama tak jumpa. yela cuti panjang kan. so harini aku ajak dia pergi dinner sama. masa borak-borak pasal kahwin tadi tiba-tiba aku tergerak nak tanya pasal mak dia. dah hampir setengah tahun aku kawan dengan dia, baru aku tahu yang mak dia dah tak ada. terkejut jugak aku masa tu. tapi tak sempat tanya apa-apa pun masa dia beritahu dulu. baru tadi dapat tahu sikit-sikit. tu pun mata dia dah berair je masa cerita tu. hmm..aku dapat bayangkan macam mana rasanya bila mak dah tak ada tapi aku takkan tahu dan takkan faham macam mana sebab tak terjadi pada aku. MasyaAllah, minta dijauhkan dari aku. aku sayang ibu sangat-sangat. 

balik pada cerita, rupa-rupanya mak dia menghidap kanser. penyakit keturunan sebab makcik dia pun ada menghidap penyakit yang sama. dia ada bagitahu aku dia takut akan kena kat dia sebab macam ada tanda-tanda yang berkemungkinan penyebab kanser. Tuhan je tahu macam mana perasaan aku masa tu. terasa sebak bila dia cakap macam tu. tak mampu aku nak bayangkan kalau terjadi kat dia plak. dia dah macam kakak aku. aku senang bercerita dengan dia. apa sahaja. hmm..aku cuma boleh nasihatkan dia pergi buat checkup. aku sanggup hantar dan teman dia yang penting awal-awal lagi dia kena cegah. sebelum semuanya terlambat.

Alhamdulillah harini dapat jemputan dari Warga Prihatin. so, this will be my second time pergi sana. ada majlis meraikan anak-anak kat sana. aku pun kurang pasti lagi kerana apa tapi aku teruja nak sambut tahun baru kat sana. Alhamdulillah..aku harap tahun ni lebih baik dari tahun lepas. semoga lebih berkeyakinan, rezeki melimpah ruah dan kebahagiaan berpanjangan..Amin..ada siapa-siapa nak ikut aku? jum lah. for free je. =)

dah lama tak berblogging aku dah terlupa cara-cara nak menulis..huhuhu..

No comments: